Dikemas kini 15 Oktober 2026
Data yang kami kumpul
Bila anda mengisi borang di laman ini atau menghubungi kami di WhatsApp, kami menerima maklumat yang anda beri: nama, nama bisnes, nombor telefon, emel (jika diisi), kawasan bisnes dan butiran projek seperti tema, halaman dan fungsi yang anda mahu.
Tujuan
Kami gunakan maklumat ini untuk membalas pertanyaan anda, menyediakan sebut harga, membina dan menyelenggara website anda, serta urusan invois dan rekod akaun. Kami tidak menjual atau menyewakan data anda kepada sesiapa.
Siapa yang boleh akses
Hanya pasukan Lamanmudah. Data disimpan dalam pangkalan data di Cloudflare, penyedia hosting kami. Kami hanya mendedahkan data jika dikehendaki oleh undang-undang.
Berapa lama disimpan
Pertanyaan yang tidak diteruskan dipadam selepas 12 bulan. Rekod pelanggan disimpan selagi perkhidmatan berjalan dan sehingga 7 tahun selepas itu untuk tujuan akaun dan cukai.
Kuki
Laman ini tidak menggunakan kuki pengiklanan atau penjejakan pihak ketiga.
Hak anda
Anda boleh meminta salinan data anda, membetulkannya, atau meminta kami memadamnya, mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Hubungi kami di WhatsApp +60 12-945 1382.